Tuesday, June 8, 2010

MENU HUJUNG MINGGU

"ASAM PEDAS IKAN KEMBONG"

Eemm... sedapnya! Memang sedap kalau dimakan bersama keluarga di hujung minggu. Menu ini juga sesuai di makan selepas bermesyuarat. Nak tahu resepinya, boleh tapi bayar dulu. Sepinggan RM 5.15.

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembong- (kalau suka ikan lain, boleh tukar. Contohnya ikan pari atau ikan tenggiri.)
1 biji bawang besar (tak pakai bawang kecil sebab alahan teruk pd mata) - ditumbuk lumat
1 inci halia (diketuk)
belacan secukup rasa
garam
air
cili boh mengikut kepedasan yg dikehendaki
sedikit serbuk kunyit
2 batang serai (diketuk)
beberapa daun kesum
10 biji bendi
2 biji tomato(dibelah 2)
2 keping asam keping

CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Tumis bawang,halia,belacan sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, serbuk kunyit, sedikit garam dan air. Biar seketika sehingga cili boh betul2 masak dan pecah minyak.
3. Masukkan air sebagai kuah mengikut citarasa anda. Masukkan serai. Apabila mengelegak, masukkan pula bendi. Biar seketika.
4. Masukkan pula ikan, asam keping, tomato, daun kesum dan sedikit garam. Biar seketika sebelum tutup api.

# Jangan lupa tambahkan kasih sayang, cinta dan harapan. Insya allah, semua berjalan lancar.




No comments: