Tuesday, April 27, 2010

KOLEKSI SULAMAN MANIK

"SULAMAN MANIK YANG PERNAH DIHASILKAN"

Baju milik isteri kakitangan Kastam Diraja Malaysia Port Kelang. Baju ini ditempah sempena majlis perkahwinan anak perempuan beliau. Tahniah diucapkan.
Di bahagian tangan, saya sulam corak yang ringkas tetapi disesuaikan dgn design pada badan baju.
Dibadan baju, saya jahit desing ala-ala bunga lalang. Bunganya saya jahit bunga labuci.
Baju milik pelanggan tetap saya, Pn Noorhayati. Pening kepala nak pilih design yg sesuai bagi menaikkan seri baju. Fikir punya fikir, akhirnya ambil keputusan memilih design jejari bermutiara.
Design yg sama saya sulam di bahagian tangan baju. Design jejari adalah milik Norazilah, pemilik - mira05.fotopages.com
Di bahagian bawah baju, turut disulam. Diharap Pn. Hayati suka hasil sulaman saya yg tak seberapa ini.

Sorry, gambar kurang memuaskan. Maklumlah hanya guna kamera telefon saja. Ini baju milik anak dara Pn Hayati. Cetusan idea design bulatan ini hadir dr Pn Hayati sendiri.

Pelbagai jenis manik digunakan bagi mengindahkan sulaman ini. Antarnya kuning, pink, hitam,putih, hijau dan tdk ketinggalan batu swarozki putih.

 
Gambar close-up sulaman pada tangan. Corak yg lebih ringkas.
Baju seragam Puspanita Jabatan Laut. Disulam indah di bahagian leher dan tangan. Baju istimewa ini milik Pn Hayati, BKI,IPL
 
Leher di sulam corak bunga-bungaan. Bunga bintang menggunakan 3 warna yg berbeza.
Bahagian tangan disulam corak yg sedondon.
Close-up di bahagian leher. Saya harap Pn Hayati suka hasil tangan saya.

Terima kasih daun keladi,
 Kalau ada baju hantar lagi.

Thursday, April 22, 2010

SULAMAN KANAK-KANAK

Bahagian leher dan tangan disulam simpulan kasih. Tangan baju ditambah dengan labuci.
Sulaman dijahit bagi menghiasi leher, tangan dan kaki baju.
Dibahagian kaki baju, disulam simpulan kasih. Pada bunga, saya tambah manik dan sedikit juntaian.
Sulaman ini saya jahit untuk anak dara saya, Elisa. Ini baju kurung hari raya tahun lepas. Di bahagian leher dan tangan saya sulam simpulan kasih.
Sulaman manik lalang ini dipilih sendiri oleh Elisa. Di bahagian bawah saya jahitkan pula simpulan kasih. Design yang simple tetapi sesuai untuk kanak-kanak.
Baju ni saya sulam menggunakan labuci. Labuci dijahit menjadi bunga menghiasi bahagian leher. Dibahagian tangan saya jahit bunga separuh kuntum dan ditambah sedikit juntaian.
Baju dari kain kosong lebih cantik jika disulam. Hasil sulaman lebih menyerlah. Saya sulam design yang mudah tetapi cantik.
Dibahagian leher, saya sulam bunga-bunga labuci. Basic design saya pinjam design Yananona fotopages. Bunga saya ganti bunga labuci. Harap Pn Yana tidak keberatan.
Pada bahagian tangan pula saya sulam design yang simple. Labuci warna emas dan purple digunakan.
Ini cubaan pertama membuat sulaman di baju melayu. Baju ini kepunyaan anak ke-4, Khuzaini.
Khuzaini memang suka manik. Dia cemburu bila melihat baju Elisa yang disulam indah. Untuk tidak mengecewakan, saya sulam manik tabur yang ringkas.

Tuesday, April 13, 2010

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN!

Hello, bekas-bekas pelajar SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak! Berita baik buat anda semua. Satu majlis re-union akan diadakan pada 1 Mei 2010. Majlis yang julung kali diadakan ini dianjurkan oleh En Zulkarnain Mohd Shaharuddin. Sesiapa yang berminat boleh e-mail : azizian4ever@yahoo.com atau hubungi 019-2117248.

Thursday, April 8, 2010

SULAMAN MANIK

Saya suka mencantikkan baju anak dara. Suka tengok hasil sulaman sendiri. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

Ini pula sulaman yang saya jahit untuk puteri tunggal, Elisa Maisarah.


Ini pula baju bonda kesayangan Pn. Yati. Design nak yang simple saja katanya. Jadi saya cadangkan design ini. Terima kasih Pn. Yati.
Terima kasih juga diucapkan kepada senior2 dunia sulaman manik. Tanpa mereka siapa saya.



Ini juga baju Pn Mel. Design adalah inspirasi Pn Mel sendiri. Saya harap Pn. Mel berpuashati dengan hasil kerja saya.

Ini baju Pn Melati yang saya paparkan sebelum ini. Saya terlupa untuk memaparkan sulaman di bahagian tangan.

Inilah hasil kerjatangan saya yang telah siap.


Lingkaran kasih di sulam di bahagian tangan.


Lingkaran Kasih khas buat Pn. Yati, BKI, IPL.

Wednesday, April 7, 2010

AZLA IN WONDERLAND

Diwaktu lapang, saya mengambil upah menjahit sulaman manik. Ini adalah antara hasil tangan saya yang terawal. Baju milik Pn. Melatiwati, Baycorp Shipmanagement. Terima kasih Mel kerana memberi kepercayaan kepada saya.

Tidak ketinggalan suami saya, Zaharin.





Inilah keluarga besar saya.
Dari kiri : Zul Azrin (1st), saya, Ucu Linda (adik ipar), Zul Izwan (2nd).

Di depan : Khuzaini (4th), Elisa (3rd) dan yang kecil sekali Zulfaqar.


Selesai bekerja saya sibuk menguruskan anak-anak yang sedang membesar.




Saya gembira dengan pekerjaan saya walaupun ada ketikanya kurang menyenangkan.

Saya bertugas di Bahagian Kawalan Industri, Unit Pendaftaran Kapal.


Saya bekerja sebagai Merinyu Kapal di Jabatan Laut Wilayah Tengah, Pelabuhan Kelang.