Majlis Pertunangan Norlinda

TAHNIAH!

Tahniah diucapkan. Semoga pertunangan anda berakhir di pelamin!

Jeng, jeng, jeng. Ini dia bakal raja sehari - Norlinda Bt Ahmad Husaini. Diapit oleh 3 anak dara. Tidak ketinggalan anak dara saya, Elisa Maisarah (yang berambut pendek). Sebelah Linda tu bakal ibu mertua. Anak2 saudara setia menemani Ucunya.

Wakil pihak lelaki membawa cincin pertunangan utk disarungkan ke jari Ucu Linda.
Happy sungguh tuan badan, almaklum menjadi tunangan orang. Cinta pandang pertama gitu!

Wakil kedua-dua pihak berunding. Sebelum mula berunding, kena berpantun dulu. Siapa nak jual, siapa nak beli ni. Arrh.... hentam sajalah labu! Mewakili pihak lelaki ialah bapa saudaranya manakala kami diwakili oleh ngah (abang ke-2, abang sulung dah meninggal).

Antara hantaran kedua belah pihak. Pihak lelaki membawa 7 dulang dan dibalas dengan 9 dulang. Pihak lelaki hadir dengan tema hijau manakala pihak perempuan dengan tema pink. Salah satu hantaran lelaki yang paling saya suka ialah segugus buah strawberry yg dibentuk dr. gula pasir. Malangnya, tak sempat shot gambar.