Kolam Air Panas, Bentong, Pahang.

BESTNYA MANDI AIR PANAS!

Selamat Datang Ke Kolam Air Panas, Bentong, Pahang.

Lokasinya agak tersorok iaitu 9km dari simpang ke Pekan Bentong apabila anda keluar dari lebuhraya karak.Sepanjang perjalanan ke kolam air panas anda akan dapat melihat anak-anak sungai yg bersih.

Kami tiba di Kolam Air Panas tepat pukul 7.30 pagi. Suasana pagi tu sejuk tetapi dihangatkan dengan keriangan anak-anak apabila meraka terpandang kolam. Rupa-rupanya sudah ada beberapa pengunjung yg lebih awal tiba.

Sambil mandi anak tidak lupa makan. Mandi lagi. Sambung makan. Mandi... Elisa pun nak makan ke?

Makan lagi. Saya masak nasi goreng, telur goreng. Ada buah-buahan lagi. Bawa anak-anak, kena sedia makanan banyak2. Budak tengah membesar kuat makan.

Memandangkan airnya suam-suam kuku,anak-anak apa lagi terus turun mandi. Zulfaqar pun nak mandi. Nasib baik ada kolam kanak-kanak. Dapatlah anak yg kecil mandi. Zul Azrin menjadi penjaga adik-adiknya.

Gambar keluarga. Suami tiada dlm gambar sebab jadi jurugambar. Seronok juga berkelah di tepi kolam air panas. Anak-anak dah semakin besar.

Khuzaini tu demam. Pagi tu beberapa kali dia muntah dan batuk. Tapi sihat pula bila tengok air. Dia mandi sakan sampai tak nak naik.

Bersama suami. Seriusnya dia sampai saya pun takut nak senyum. Jangan marah tau!

Nasib baik ada anak bujang, boleh tolong jaga adik-adik. Dasar kolam agak licin sebab berlumut. Zul izwan tengah menyelam kat belakang tu.

Tepat pukul 8.20 pagi, semua anak naik atas. Itu pun suami warning siapa lambat tinggal. Apalagi kelam-kabut tukar pakaian. Kami gerak, ada 1 family lain masuk. Rupanya hot spring ini popular juga.

Tepat pukul 8.30 pagi, kami gerak ke destinasi sebenar - Felda Sg. Koyan, Raub, Pahang.