Percutian ke Pulau Langkawi

Anak-anak sungguh gembira apabila mendapat tahu akan ke Pulau Langkawi pada cuti sekolah, Ogos 2009. Ini merupakan kali pertama kami ke Pulau Langkawi.
Nasib baik adik ipar sudi mengikut rombongan kami. Dapat juga membantu memantau anak-anak.


Azrin dan Izwan tak takut dengan rusa, malah berani memberi rusa makanan yang diletakkan di atas tapak tangan.
Anak-anak mengekori ke mana sahaja sekumpulan rusa ini pergi.

Izwan tak melepaskan peluang bergambar dengan rusa. Nak tunjuk dengan kawan-kawan katanya.

Khuzaini pun tak gentar dengan rusa. Ada hati nak menunggang rusa.

Azrin sengaja umpan rusa datang ke arah Ucu dan Elisa yang takut akan rusa. Elisa menangis ketakutan.

Ucu sedang mengawal perassan gemuruh ketika rusa yang jinak datang meminta makanan. Nasib baik anak saudara ada, kalau tak tentu Ucu dah lari.

Faqar pun takut rusa. Suami memujuk dia. Akhirnya dapat juga menangkap gambar dia sebagai kenangan.

Walau kemana saya pergi membawa anak-anak yang ketakutan, rusa-rusa ini tetap datang.

Bergambar kenangan di depan Gunung Mat Cincang (kalau tak silap)


Tak jadi nak cable car. Gayat. Lagi pun, barisan orang yang beratur membeli tiket ramai. Kebanyakannya pwlancong asing.



Bergambar kenangan depan pintu masuk. Anak-anak dah keletihan. Kami  bergerak ke tempat lain.


Kami melawat Kolam Air Panas. Lega rasa kaki yang lenguh apabila merendam kaki dalam air panas. Air tak panas sangat. Sangat sesuai. Cuma tempat ini perlu fasiliti dan lanskap yang lebih baik. Potensi  tempat ini  tak perlu dipertikai tetapi apabila melihat persekitaran kita mungkin berubah fikiran. Insya allah, tentu tempat ini akan lebih maju akan datang.