Tuesday, April 27, 2010

KOLEKSI SULAMAN MANIK

"SULAMAN MANIK YANG PERNAH DIHASILKAN"

Baju milik isteri kakitangan Kastam Diraja Malaysia Port Kelang. Baju ini ditempah sempena majlis perkahwinan anak perempuan beliau. Tahniah diucapkan.
Di bahagian tangan, saya sulam corak yang ringkas tetapi disesuaikan dgn design pada badan baju.
Dibadan baju, saya jahit desing ala-ala bunga lalang. Bunganya saya jahit bunga labuci.
Baju milik pelanggan tetap saya, Pn Noorhayati. Pening kepala nak pilih design yg sesuai bagi menaikkan seri baju. Fikir punya fikir, akhirnya ambil keputusan memilih design jejari bermutiara.
Design yg sama saya sulam di bahagian tangan baju. Design jejari adalah milik Norazilah, pemilik - mira05.fotopages.com
Di bahagian bawah baju, turut disulam. Diharap Pn. Hayati suka hasil sulaman saya yg tak seberapa ini.

Sorry, gambar kurang memuaskan. Maklumlah hanya guna kamera telefon saja. Ini baju milik anak dara Pn Hayati. Cetusan idea design bulatan ini hadir dr Pn Hayati sendiri.

Pelbagai jenis manik digunakan bagi mengindahkan sulaman ini. Antarnya kuning, pink, hitam,putih, hijau dan tdk ketinggalan batu swarozki putih.

 
Gambar close-up sulaman pada tangan. Corak yg lebih ringkas.
Baju seragam Puspanita Jabatan Laut. Disulam indah di bahagian leher dan tangan. Baju istimewa ini milik Pn Hayati, BKI,IPL
 
Leher di sulam corak bunga-bungaan. Bunga bintang menggunakan 3 warna yg berbeza.
Bahagian tangan disulam corak yg sedondon.
Close-up di bahagian leher. Saya harap Pn Hayati suka hasil tangan saya.

Terima kasih daun keladi,
 Kalau ada baju hantar lagi.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah ada blog sendiri dari kitaorang

Derwina Azla said...

terima kasih. Sila datang lagi.