Wednesday, June 16, 2010

PENGUMUMAN!

TEMPAHAN DIBUKA!

Tempahan sulaman manik & labuci sempena hari raya dibuka dengan rasminya!

Tempahan yang diterima adalah terhad.


Tempahan telah diterima!
1. Pn Hayati, IPL - 3 pasang baju + 1 tudung



Monday, June 14, 2010

SULAMAN MANIK

SULAMAN MANIK - SIMPULAN KASIH

Saya sulam manik diberi nama - Simpulan Kasih. Semoga ikatan kasih kukuh seperti nama di beri. Saya suka buat sulaman yg simple. Sulaman yg sebegini sesuai dipakai apa jua majlis.

Sulaman hanya di buat di tangan saja. Simpulan kasih dwiwarna memang cantik utk baju yg bercorak penuh.
Saya sulam dengan teliti agar jahitan kukuh. Supaya kalau baju termasuk dlm mesin basuh, sulaman tetap cantik.

Maaf, gambar kurang memuaskan. Saya hanya pakai kemera telefon saja. Ini gambar kedua-dua belah tangan yg siap disulam - simpulan kasih.


Saya mengenakan bayaran sebanyak RM 25.00 bagi sulaman ini utk kedua-dua belah tangan.

Leher RM25.00, kaki baju RM30.00. Sesiapa berminat boleh sms 017-5519720 atai emel derwina_azla@yahoo.com.

Tuesday, June 8, 2010

SULAMAN MANIK - PIRAMID

MANIK PIRAMID

Baju uniform Puspanita Jabatan Laut ini milik Pn. Zaiton, MK JLWT yg bertugas di Wisma Pelaut.
Kak Ton memang dah lama berkenan dgn design piramid nie.

Sulaman piramid disulam di bahagian leher. Memandangkan kak Ton memakai tudung, jadi kak Ton hanya mahu sulaman di bahagian tengah leher hingga ke dada. 

 
Di bahagian tangan turut disulam dengan design piramid ini. Piramid dijahit berselang-seli dengan mutiara bagi menaikkan seri sulaman itu sendiri.

Di kaki baju tidak ketinggalan turut disulam. Kurung pasak gantung ini, bertambah cantik ngan sulaman piramid yg cute.

Ini pula sulaman piramid pada bahagian leher. Kak Ton mahu sulaman di leher labuh hingga ke dada.
So... inilah hasilnya. Semoga Kak ton suka.

Terima kasih daun keladi, kalau sudi hantar baju lagi.

MENU HUJUNG MINGGU

"ASAM PEDAS IKAN KEMBONG"

Eemm... sedapnya! Memang sedap kalau dimakan bersama keluarga di hujung minggu. Menu ini juga sesuai di makan selepas bermesyuarat. Nak tahu resepinya, boleh tapi bayar dulu. Sepinggan RM 5.15.

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembong- (kalau suka ikan lain, boleh tukar. Contohnya ikan pari atau ikan tenggiri.)
1 biji bawang besar (tak pakai bawang kecil sebab alahan teruk pd mata) - ditumbuk lumat
1 inci halia (diketuk)
belacan secukup rasa
garam
air
cili boh mengikut kepedasan yg dikehendaki
sedikit serbuk kunyit
2 batang serai (diketuk)
beberapa daun kesum
10 biji bendi
2 biji tomato(dibelah 2)
2 keping asam keping

CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Tumis bawang,halia,belacan sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, serbuk kunyit, sedikit garam dan air. Biar seketika sehingga cili boh betul2 masak dan pecah minyak.
3. Masukkan air sebagai kuah mengikut citarasa anda. Masukkan serai. Apabila mengelegak, masukkan pula bendi. Biar seketika.
4. Masukkan pula ikan, asam keping, tomato, daun kesum dan sedikit garam. Biar seketika sebelum tutup api.

# Jangan lupa tambahkan kasih sayang, cinta dan harapan. Insya allah, semua berjalan lancar.




Monday, May 31, 2010

BUNGA CHRYSANTHEMUM

SULAMAN MANIK - BUNGA CHRYSANTHEMUM

Design ini diberi nama bunga chrysanthemum. Kredit saya berikan pada kak arry.Terima kasih juga kerana memberi kebenaran pada saya utk mengunapakai design ini. 
Saya aplikasikan design ini pada bahagian lengan tangan dan badan baju.

Sorry, gambar kurang memuaskan almaklum jurugambar tidak berpengalaman. Harap anak Pn Yati berpuashati dengan design yg saya pilih ini. Pada mulanya sukar utk menetukan design kerana corak & warna fabrik yg pelbagai. Alhamdulilah, bunga chrysanthemum kena pada gayanya.

Pada bahagian tangan yg asalnya kosong, saya sulam pelbagai warna manik. Kain yg polos bertambah seri dengan kerlipan manik.

Dibahagain kaki baju juga saya sulam pelbagai jenis warna manik. Nasib baik eksperimen saya berjaya. Berjaya juga menambah seri baju ini.

Bunga chrysanthemum juga saya sulam pada bahagian lengan. Ditambah pula sengan sedikit juntaian. Saya gembira Pn Yati dan anak serta semua yg pernah melihat baju ini suka hasil kerja  saya. 
Sesiapa yg berminat utk menempah sulaman ini, silalah hubungi 017-5519720 atau e-mel saya derwina_azla@yahoo.com atau facebook seach : derwina azla. terima kasih! 

Sunday, May 30, 2010

IRINGAN MUTIARA

SULAMAN MANIK - IRINGAN MUTIARA

Sulaman iringan mutiara di jahit di bahagian leher, tangan dan kaki baju. Warna baju yg hitam menybabkan saya buntu utk memilih design yg sesuai. Fikir punya fikir akhirnya membuat keputusan utk memilih design iringan mutiara.

Sebenarnya, ini baju kurung saya. Sempena hari raya tahun lepas, alhamdulillah sempat siapkan sulaman yg ringkas tetapi menarik ini utk baju sendiri.
Iringan mutiara ini sesuai dgn jiwa saya yg mahu sesuatu yg simple tetapi cukup menarik. Baju customer semua lebih cantik dan bombastik dr. baju saya. Tapi tak mengapa, saya puashati bila customer memakai sesuatu yg indah, hasil kerja tangan saya.
 Jika ada sesiapa ingin menempah sulaman ini boleh menghubungi saya derwina_azla@yahoo.com, atau 017-5519720. Saya juga boleh ada akaun facebook seach : derwina azla


Monday, May 10, 2010




"HADIAH TERBAIK!"

Kepada kawan - kesetiaan
Kepada musuh - kemaafan
Kepada ketua - khidmat
Kepada yang muda - contoh terbaik
Kepada yang tua - hargai budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan - cinta dan ketaatan
Kepada manusia - kebebasan

Tuesday, April 27, 2010

KOLEKSI SULAMAN MANIK

"SULAMAN MANIK YANG PERNAH DIHASILKAN"

Baju milik isteri kakitangan Kastam Diraja Malaysia Port Kelang. Baju ini ditempah sempena majlis perkahwinan anak perempuan beliau. Tahniah diucapkan.
Di bahagian tangan, saya sulam corak yang ringkas tetapi disesuaikan dgn design pada badan baju.
Dibadan baju, saya jahit desing ala-ala bunga lalang. Bunganya saya jahit bunga labuci.
Baju milik pelanggan tetap saya, Pn Noorhayati. Pening kepala nak pilih design yg sesuai bagi menaikkan seri baju. Fikir punya fikir, akhirnya ambil keputusan memilih design jejari bermutiara.
Design yg sama saya sulam di bahagian tangan baju. Design jejari adalah milik Norazilah, pemilik - mira05.fotopages.com
Di bahagian bawah baju, turut disulam. Diharap Pn. Hayati suka hasil sulaman saya yg tak seberapa ini.

Sorry, gambar kurang memuaskan. Maklumlah hanya guna kamera telefon saja. Ini baju milik anak dara Pn Hayati. Cetusan idea design bulatan ini hadir dr Pn Hayati sendiri.

Pelbagai jenis manik digunakan bagi mengindahkan sulaman ini. Antarnya kuning, pink, hitam,putih, hijau dan tdk ketinggalan batu swarozki putih.

 
Gambar close-up sulaman pada tangan. Corak yg lebih ringkas.
Baju seragam Puspanita Jabatan Laut. Disulam indah di bahagian leher dan tangan. Baju istimewa ini milik Pn Hayati, BKI,IPL
 
Leher di sulam corak bunga-bungaan. Bunga bintang menggunakan 3 warna yg berbeza.
Bahagian tangan disulam corak yg sedondon.
Close-up di bahagian leher. Saya harap Pn Hayati suka hasil tangan saya.

Terima kasih daun keladi,
 Kalau ada baju hantar lagi.

Thursday, April 22, 2010

SULAMAN KANAK-KANAK

Bahagian leher dan tangan disulam simpulan kasih. Tangan baju ditambah dengan labuci.
Sulaman dijahit bagi menghiasi leher, tangan dan kaki baju.
Dibahagian kaki baju, disulam simpulan kasih. Pada bunga, saya tambah manik dan sedikit juntaian.
Sulaman ini saya jahit untuk anak dara saya, Elisa. Ini baju kurung hari raya tahun lepas. Di bahagian leher dan tangan saya sulam simpulan kasih.
Sulaman manik lalang ini dipilih sendiri oleh Elisa. Di bahagian bawah saya jahitkan pula simpulan kasih. Design yang simple tetapi sesuai untuk kanak-kanak.
Baju ni saya sulam menggunakan labuci. Labuci dijahit menjadi bunga menghiasi bahagian leher. Dibahagian tangan saya jahit bunga separuh kuntum dan ditambah sedikit juntaian.
Baju dari kain kosong lebih cantik jika disulam. Hasil sulaman lebih menyerlah. Saya sulam design yang mudah tetapi cantik.
Dibahagian leher, saya sulam bunga-bunga labuci. Basic design saya pinjam design Yananona fotopages. Bunga saya ganti bunga labuci. Harap Pn Yana tidak keberatan.
Pada bahagian tangan pula saya sulam design yang simple. Labuci warna emas dan purple digunakan.
Ini cubaan pertama membuat sulaman di baju melayu. Baju ini kepunyaan anak ke-4, Khuzaini.
Khuzaini memang suka manik. Dia cemburu bila melihat baju Elisa yang disulam indah. Untuk tidak mengecewakan, saya sulam manik tabur yang ringkas.

Tuesday, April 13, 2010

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN!

Hello, bekas-bekas pelajar SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak! Berita baik buat anda semua. Satu majlis re-union akan diadakan pada 1 Mei 2010. Majlis yang julung kali diadakan ini dianjurkan oleh En Zulkarnain Mohd Shaharuddin. Sesiapa yang berminat boleh e-mail : azizian4ever@yahoo.com atau hubungi 019-2117248.

Thursday, April 8, 2010

SULAMAN MANIK

Saya suka mencantikkan baju anak dara. Suka tengok hasil sulaman sendiri. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan.

Ini pula sulaman yang saya jahit untuk puteri tunggal, Elisa Maisarah.


Ini pula baju bonda kesayangan Pn. Yati. Design nak yang simple saja katanya. Jadi saya cadangkan design ini. Terima kasih Pn. Yati.
Terima kasih juga diucapkan kepada senior2 dunia sulaman manik. Tanpa mereka siapa saya.



Ini juga baju Pn Mel. Design adalah inspirasi Pn Mel sendiri. Saya harap Pn. Mel berpuashati dengan hasil kerja saya.

Ini baju Pn Melati yang saya paparkan sebelum ini. Saya terlupa untuk memaparkan sulaman di bahagian tangan.

Inilah hasil kerjatangan saya yang telah siap.


Lingkaran kasih di sulam di bahagian tangan.


Lingkaran Kasih khas buat Pn. Yati, BKI, IPL.