SULAMAN MANIK - BUNGA CHRYSANTHEMUM
Design ini diberi nama bunga chrysanthemum. Kredit saya berikan pada kak arry.Terima kasih juga kerana memberi kebenaran pada saya utk mengunapakai design ini.
Saya aplikasikan design ini pada bahagian lengan tangan dan badan baju.
Sorry, gambar kurang memuaskan almaklum jurugambar tidak berpengalaman. Harap anak Pn Yati berpuashati dengan design yg saya pilih ini. Pada mulanya sukar utk menetukan design kerana corak & warna fabrik yg pelbagai. Alhamdulilah, bunga chrysanthemum kena pada gayanya.
Pada bahagian tangan yg asalnya kosong, saya sulam pelbagai warna manik. Kain yg polos bertambah seri dengan kerlipan manik.
Bunga chrysanthemum juga saya sulam pada bahagian lengan. Ditambah pula sengan sedikit juntaian. Saya gembira Pn Yati dan anak serta semua yg pernah melihat baju ini suka hasil kerja saya.
Sesiapa yg berminat utk menempah sulaman ini, silalah hubungi 017-5519720 atau e-mel saya derwina_azla@yahoo.com atau facebook seach : derwina azla. terima kasih!
No comments:
Post a Comment