Monday, May 31, 2010

BUNGA CHRYSANTHEMUM

SULAMAN MANIK - BUNGA CHRYSANTHEMUM

Design ini diberi nama bunga chrysanthemum. Kredit saya berikan pada kak arry.Terima kasih juga kerana memberi kebenaran pada saya utk mengunapakai design ini. 
Saya aplikasikan design ini pada bahagian lengan tangan dan badan baju.

Sorry, gambar kurang memuaskan almaklum jurugambar tidak berpengalaman. Harap anak Pn Yati berpuashati dengan design yg saya pilih ini. Pada mulanya sukar utk menetukan design kerana corak & warna fabrik yg pelbagai. Alhamdulilah, bunga chrysanthemum kena pada gayanya.

Pada bahagian tangan yg asalnya kosong, saya sulam pelbagai warna manik. Kain yg polos bertambah seri dengan kerlipan manik.

Dibahagain kaki baju juga saya sulam pelbagai jenis warna manik. Nasib baik eksperimen saya berjaya. Berjaya juga menambah seri baju ini.

Bunga chrysanthemum juga saya sulam pada bahagian lengan. Ditambah pula sengan sedikit juntaian. Saya gembira Pn Yati dan anak serta semua yg pernah melihat baju ini suka hasil kerja  saya. 
Sesiapa yg berminat utk menempah sulaman ini, silalah hubungi 017-5519720 atau e-mel saya derwina_azla@yahoo.com atau facebook seach : derwina azla. terima kasih! 

Sunday, May 30, 2010

IRINGAN MUTIARA

SULAMAN MANIK - IRINGAN MUTIARA

Sulaman iringan mutiara di jahit di bahagian leher, tangan dan kaki baju. Warna baju yg hitam menybabkan saya buntu utk memilih design yg sesuai. Fikir punya fikir akhirnya membuat keputusan utk memilih design iringan mutiara.

Sebenarnya, ini baju kurung saya. Sempena hari raya tahun lepas, alhamdulillah sempat siapkan sulaman yg ringkas tetapi menarik ini utk baju sendiri.
Iringan mutiara ini sesuai dgn jiwa saya yg mahu sesuatu yg simple tetapi cukup menarik. Baju customer semua lebih cantik dan bombastik dr. baju saya. Tapi tak mengapa, saya puashati bila customer memakai sesuatu yg indah, hasil kerja tangan saya.
 Jika ada sesiapa ingin menempah sulaman ini boleh menghubungi saya derwina_azla@yahoo.com, atau 017-5519720. Saya juga boleh ada akaun facebook seach : derwina azla


Monday, May 10, 2010




"HADIAH TERBAIK!"

Kepada kawan - kesetiaan
Kepada musuh - kemaafan
Kepada ketua - khidmat
Kepada yang muda - contoh terbaik
Kepada yang tua - hargai budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan - cinta dan ketaatan
Kepada manusia - kebebasan