Wednesday, June 22, 2011

BRACELET EMBROIDERY

     Hai, saya berkesempatan mengikuti bengkel sulaman manik, Bracelet Embroidery bersama En. Sheik dr serisulamanmanik. Bengkel tersebut diadakan di Komplek PKNS, Shah Alam dan En Sheik sendiri adalah tenaga pengajar pd hari tersebut.

Suanasa ketika bengkel sedang berlansung. Saya(bertudung warna gold) sedang tekun menyiapkan sulaman yg diajar.

Seramai 5 orang peserta dr beberapa tempat datang belajar bersama En. Sheikh.

Saya dan Kak Lin (rakan semeja) berjaya menghasilkan 10 jenis design Bracelet Embroidery.

Bergambar bersama En Sheikh di akhir kursus.

Inilah 10 design Bracelet Embroidery yg berjaya dihasilkan di akhir bengkel ini.

Sekeping Sijil Penyertaan menjadi bukti bahawa saya telah lulus dan layak untuk menerima tempahan sulaman manik Bracelet Embroidery

# Sesiapa berminat untuk menempah sulaman bracelet embroidery terus ke baju anda, sila hubungi saya
Azla@017-5519720.


Friday, June 17, 2011

Sulaman Bunga Sequin

       Untuk pengetahuan semua, saya sudah lama berminat menyulam manik & labuci. Dahulunya terbatas dan lebih memilih untuk menyulam baju anak, sendiri dan ahli keluarga. Baju di bawah ini contohnya adalah milik kakak ipar, Pn Laila yang tinggal di Raub, Pahang.

Baju kebaya warna gold ini saya sulam dengan bunga sequin di bahagian tangan dan bawah baju. Dibahagian tengah, saya sulam sulur paut berwarna putih dan dihiasi daun. 

Dibahagian bawah baju pula saya sulam beberapa kuntum bunga sequin di kedua-dua belah. Diserikan dengan sulur paut yang ringkas.

Macam tak percaya inilah hasil sulaman manik & labuci yang pertama. Ia masih dipakai dan sering di pakai oleh Pn Laila jika menghadiri majlis-majlis.

# Jika ada yang berminat, boleh telefon 017-5519720 atau derwina_azla@yahoo.com

SIMPULAN KASIH BERMUTIARA

       Kali ini saya nak tunjukkan baju kurung pesang pahang yang disulam dengan sulaman yang ringkas. Memandangkan warna baju adalah hitam, maka agak terhad design yang boleh diaplikasikan. Akhirnya saya pilih sulaman ini.

Sulaman simpulan kasih bermutiara ini dijahit di bahagian leher, tangan dan bawah baju.

Ini contoh yang disulam di tangan dan leher baju.

 Sulaman ini dijahit 1 lapisan saja sebab saya mahukan design yang simple tapi elegen.

# Bagi anda meminati design ini bolehlah tempah. Telefon 017-5519720 atau derwina_azla@yahoo.com

Thursday, June 16, 2011

Sulaman manik Tabur dan bunga sequin

        Walaupun agak lama meninggalkan sulaman manik dan labuci kerana menumpukan pelajaran, tetapi minat dalam bidang ini tidak boleh ditolak tepi. Sesekali tetap jejari ini tetap menyentuh jarum dan manik. Nah, ini antara hasil yang pernah saya hasilkan. Sulaman manik tabur yang diserikan dengan bunga sequin ini disulam khas buat puteri saya yang satu, Elisa Maisarah. Saksikanlah...


                         Baju ini dipakai sempena majlis perkahwinan adik ipar saya, Norlinda.

Tentu sekali Elisa menjadi tumpuan ramai orang kerana bajunya yang disulam indah ini. 

Sulaman dijahit di bahagian leher dan tangan sahaja.

Bunga sequin berwarna pink sesuai sekali dengan kain yang berwarna purple ini.

 Design ini ringkas tetapi cantik sekali dan sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Boleh juga di gayakan ke pejabat atau kenduri kahwin.

# Untuk tempahan,hubungi 017-5519720 atau e-mail derwina_azla@yahoo.com

Tuesday, June 7, 2011

WELCOME BACK

    
Sedar tak sedar rupa-rupanya dah hampir setahun saya tidak mengemaskini blog saya ini. Bukan kerana tiada bahan untuk diceritakan cuma kekangan masa yang menghambat saya. Untuk pengetahuan semua, saya telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran saya yang terhenti setakan STPM sahaja.

    Saya telah memohon untuk mengikuti pengajian jarak jauh di UiTM, Shah Alam bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan kepujian. Alhamdulilah permohonan saya telah diterima dan bermulalah episod hidup saya sebagai seorang pelajar pusat pengajian tinggi.

     Memang bukan mudah. Selain perlu menanggung yuran pengajian sendiri, saya perlu memerah otak untuk menyiapkan tugasan. Ditambah pula tempoh P&P yang hanya berlangsung selama 2 jam setiap subjek bagi 5 seminar bagi satu-satu semester.
     Jadual seharian saya berubah secara total. Awal pagi dimulai dengan menyiapkan sarapan untuk anak-anak, membantu anak bersiap dan seterusnya menghantar mereka ke sekolah. Mujur anak sulung banyak membantu menjemput adik-adik balik dari sekolah agama dan menyediakan juadah tengahari(lauk-pauk dibeli di kedai makan berhampiran).
     Sebelah petang pula, letih berulang-alik menjemput mereka pulang dari sekolah. Sehingga pukul 6.45 petang baru selesai. Namun tugas saya tidak berhenti di situ, juadah malam disediakan sambil membasuh pakaian. Selesai makan malam dan menunaikan solat, kerja sekolah anak-anak diteliti satu persatu sebelum mereka tidur. Nah, inilah masa yang saya tunggu. Saya mengulangkaji pelajaran saya pula setelah semua anak tidur sehingga ke pukul 12.00 tengah malam.
    Walaupun begitu saya berjaya memperolehi keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan akhir. Syukur alhamdulilah saya panjatkan. Semoga anak-anak saya lebih berjaya dari saya. Amin. Semester kedua pula berjalan lancar walaupun ada juga subjek yang sukar terutama Business Mathematic. Sekarang waktu cuti semester. Bolehlah berehat panjang sambil memulakan semula aktiviti yang tertangguh. Sulaman manikdan labuci giat saya jalankan terutama menjelang hari raya ini.